MAIWP RAIKAN SAUDARA KITA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020

Saiz Tulisan :

mini PRO 4968

Kuala Lumpur, 28 Januari – MAIWP menyantuni seramai 100 golongan mualaf khususnya berbangsa Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, di Dewan Seminar Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.
Program yang disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee ini adalah program yang julung kali diadakan oleh MAIWP sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama masyarakat.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia Kuala Lumpur, Dr Ann Wan Seng (MACMA) merangkap Setiausaha Agong, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah) berkata majlis yang diadakan hari ini bertujuan memupuk sifat saling memahami.

Manakala penerima sumbangan, Tay Mee Ling yang merupakan seorang muallaf berkata setiap tahun beliau pasti menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya yang berbangsa cina di kampung.
Baginya agama Islam tidak menghalang umatnya untuk terus berbakti kepada ahli keluarga walaupun mereka berlainan agama.
Program ini mendapat kerjasama daripada Agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, PERKIM, MACMA dan Jam’iyah.
Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh., Datuk Haji. Mohd. Nakhaie Ahmad, Pengerusi Perkim, bahagian Wilayah Persekutuan dan Timbalan Pengarah JAWI, Munir Md Salleh.

Dalam pada masa yang sama MAIWP bercadang mengadakan rumah terbuka bagi menyambut perayaan pelbagai kaum di perkarangan masjid terpilih di ibu negara mulai tahun hadapan sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini..

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP