MAIWP BAKAL BANGUNKAN PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK

Saiz Tulisan :

mini PRO 5495

Kuala Lumpur, 31 Januari – Buat Julung kalinya MAIWP bakal membangunkan sebuh projek perumahan dengan kos mampu milik beharga bawah RM300 ribu seunit untuk golongan B40 dan asnaf bertempat di Lot 56057, Taman Pelangi Jaya, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata pembinaannya dijangka bermula awal tahun hadapan dengan kos keseluruhan berjumlah RM170 juta.
Menariknya pembinaan projek tersebut menampilkan seni bina Islam dan MAIWP menyahut saranan YB Datuk Seri Mujahid yang mahukan MAIWP memberi fokus serius dalam menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan B40, asnaf dan juga kepada warga MAIWP sendiri yang berpendapatan rendah.

Bangunan setinggi 26 tingkat dengan 300 unit kediaman ini juga secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pegangan hartanah umat Islam di Wilayah Persekutuan yang bernilai tinggi.
Usaha MAIWP ini adalah selari dengan matlamat mewujudkan masyarakat dan bandar yang mampan dan menyediakan tempat tinggal yang sempurna selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals 2030 yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara ini terkandung dalam elemen Negara Rahmah yang digagaskan oleh kerajaan pada hari ini melalui 3 teras iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh.

mini_PRO_5495.JPGPRO_5384.jpgPRO_5399.jpgPRO_5374.jpgPRO_5405.jpgPRO_5436.jpgPRO_5387.jpgPRO_5495.JPGPRO_5504.jpgPRO_5492.jpgPRO_5513.jpgPRO_5511.jpgPRO_5532.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP