54,331 TERIMA BANTUAN ZAKAT KHAS, 17,890 TERIMA PAKAIAN & PERALATAN SEKOLAH

Saiz Tulisan :

mini PRO 3154

Putrajaya,17  Disember – Sebanyak RM33.2 juta bantuan zakat khas diagihkan oleh MAIWP kepada 54,331 orang penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan zakat MAIWP sedia ada yang menerima Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perubatan, Bantuan Am Persekolahan dan Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam dan Luar Negara.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Program Penyerahan Peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Pondok, Tahfiz dan Masjid Seluruh Negara serta Penyerahan Bantuan MAIWP kepada Asnaf dan Pelajar Sekolah yang diadakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya.

Menurut YB Datuk Seri Dr Mujahid, Bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan zakat sedia ada yang diterima daripada Baitulmal MAIWP dan diharap dapat meringankan beban mereka  dalam menampung keperluan masing-masing.

‘’MAIWP telah memperuntukkan untuk asnaf sebagai bantuan golongan asnaf khas yang melibatkan pendidikan kesihatan dan bantuan persekolahan. Saya ingin mengucap terima kasih kepada MAIWP kerana telah menjalankan tugas mereka dengan baik’’, ujar beliau.

Turut hadir ke majlis penyerahan sumbangan ini adalah Pengerusi MAIWP,Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh.

Bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan zakat sedia ada yang diterima daripada Baitulmal MAIWP dan diharap dapat meringankan beban mereka  dalam menampung keperluan masing-masing.

Penerima Bantuan Kewangan Bulanan akan menerima RM1,000.00 setiap keluarga, Penerima Bantuan Perubatan akan menerima RM1,000.00 setiap seorang, Penerima Bantuan Am Persekolahan akan menerima RM250.00 setiap seorang dan Penerima Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam dan Luar Negara RM500.00 setiap seorang.  

Dalam majlis ini juga turut disampaikan bantuan peralatan dan pakaian persekolahan bagi sesi 2020.

Pada tahun ini, MAIWP membantu seramai 17,890 orang pelajar meliputi 9,211 orang pelajar sekolah menengah, 8,679 orang pelajar sekolah rendah dan 4,543 orang pelajar SRA / KAFA dengan jumlah agihan sebanyak RM5.1 juta.

Para pelajar akan menerima dua pasang baju sekolah, sebuah beg dan sepasang kasut sekolah. Manakala bagi pelajar yang mengikut kelas-kelas SRA / KAFA, mereka turut menerima tambahan dua pasang uniform SRA.

Bantuan ini diagihkan di 5 buah pusat agihan sementara yang dibuka di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Masjid Al-Ikhlasiah Pantai Dalam, Quill City Mall dan Cheras Sentral yang telah mula dibuka sejak 1 Disember yang lalu.

Majlis pada hari ini juga menyaksikan penyerahan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Pondok, Tahfiz dan Masjid Seluruh Negara oleh JAKIM.

mini_PRO_3154.jpgPRO_3011.jpgPRO_3017.jpgPRO_3031.jpgPRO_3049.jpgPRO_3015.jpgPRO_3117.jpgPRO_3113.jpgPRO_3126.jpgPRO_3154.jpgPRO_3129.jpgPRO_3139.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP