61 PENGANTIN BAHARU SERTAI MAJLIS MALAM BERINAI ANJURAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini LRM EXPORT 2613218412553 20191208 012841492

Kuala Lumpur, 7 Disember - 60 pasangan pengantin baharu diraikan pada Majlis Malam Berinai Walimatul Urus Rahmah Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Majlis penuh berseri yang sangat bermakna buat pasangan pengantin itu disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Eddin Syazlee Shith.
YB Eddin Syazlee ketika ditemui media berkata, majlis itu suatu inisiatif cukup bermakna dalam memberi tumpuan untuk sama-sama menjaga kepentingan institusi keluarga bermula daripada perkahwinan.
Menurutnya, ia satu daripada pendekatan yang sangat bermakna daripada kerajaan dan badan terbabit untuk mengelakkan masalah yang timbul, contohnya masalah sosial akibat daripada kegagalan mendirikan rumah tangga.

Majlis itu membabitkan pasangan daripada golongan asnaf fakir miskin B40 dan mualaf sekitar Wilayah Persekutuan bagi memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan dan keseronokan melangsungkan perkahwinan.
Ia dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pertubuhan Amal dan Sukarelawan Batu (PASB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

LRM_EXPORT_2581849841652_20191208_012804914_1.jpegLRM_EXPORT_2604287059444_20191208_012832561.jpegLRM_EXPORT_2596573004603_20191208_012824847.jpegLRM_EXPORT_2655498537677_20191208_013147942.jpegLRM_EXPORT_2613218412553_20191208_012841492.jpegLRM_EXPORT_2645462867299_20191208_013101460.jpegLRM_EXPORT_2649289684797_20191208_013141734.jpegLRM_EXPORT_2807299671030_20191208_015750808.jpegLRM_EXPORT_2821911072519_20191208_020004946_1.jpegLRM_EXPORT_2838050345277_20191208_020021085.jpegmini_LRM_EXPORT_2613218412553_20191208_012841492.jpegLRM_EXPORT_2707054437601_20191208_013555052_1.jpegLRM_EXPORT_2714943450750_20191208_013627304.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP