KERJASAMA LEMBAGA TABUNG HAJI BANTU USAHAWAN BAITULMAL

Saiz Tulisan :

mini PRO 2677

Kuala Lumpur, 12 Disember – Program pembangunan usahawan Baitulmal MAIWP terus mendapat perhatian pelbagai agensi. Pada hari ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program Ikhtiar TH telah menyalurkan sebanyak RM150 ribu kepada 22 orang usahawan Baitulmal iaitu penerima Bantuan Zakat Perniagaan Baitulmal.

Sumbangan ini merupakan suntikan modal bagi membolehkan usahawan Baitulmal daripada pelbagai bidang perniagaan mengembangkan lagi perniagaan seterusnya meraih keuntungan yang lebih tinggi.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh. Beliau dalam ucapannya berkata Program Ikhtiar TH ini merupakan kesinambungan daripada program tahun lalu di mana TH telah memperuntukkan RM119,000.00 daripada wang wakalah kepada 18 Usahawan asnaf Baitulmal MAIWP.

‘’Pihak Baitulmal MAIWP memantau supaya wang ini digunakan mengikut hukum syarak dan tidak menyalahi peraturan kewangan. Kita monitor dan kita memantau dan pihak yang memberi wakalah ini juga perlu melaporkan kepada MAIWP bahawa mereka menyalurkan wang zakat ini kepada 8 golongan asnaf yang memerlukan ’’.

Turut hadir di program ini, Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan, Mohamad Abas, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP Ustaz Mohd Nizam Yahya dan 22 penerima bantuan Program Ikhtiar TH Wilayah Persekutuan.

Dalam menunaikan amanah para pembayar zakat ini, MAIWP telah merencana pelbagai aktiviti agihan zakat. Antaranya MAIWP sehingga kini menawarkan sebanyak 28 skim bantuan zakat merangkumi bantuan daripada aspek keperluan asasi, pendidikan, ekonomi dan kebajikan.

Program pengagihannya bukan hanya pada bulan-bulan tertentu sahaja sebaliknya berjalan sepanjang tahun.
Penerima bantuan program ini menzahirkan rasa syukur kerana MAIWP sering membimbing dan membantu asnaf di Wilayah Persekutuan dan memastikan golongan ini keluar daripada kepompong kemiskinan dan melahirkan pembayar zakat.

mini_PRO_2677.jpgPRO_2637.jpgPRO_2633.jpgPRO_2644.jpgPRO_2646.jpgPRO_2641.jpgPRO_2650.jpgPRO_2647.jpgPRO_2652.jpgPRO_2655.jpgPRO_2677.jpgPRO_2699.jpgPRO_2703.jpgPRO_2659.jpgPRO_2665.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP