SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MERASMIKAN KOMPLEKS DARUL KIFAYAH MAIWP LABUAN

Saiz Tulisan :

mini PRO 1233

Labuan, 26 November - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan merasmikan Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Ketika bertitah pada majlis itu, Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan harapan supaya kompleks yang lengkap dengan kemudahan ini harus memastikan keberhasilan kepada sahsiah diri anak yatim.

Darul Kifayah merupakan sebuah asrama di bawah MAIWP yang menyediakan perlindungan kepada anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan mualaf berusia 10 hingga 17 tahun dilengkapi dengan asrama, gelanggang sukan, surau dan dewan serba guna.

Kompleks ini terletak di Tanjung Taras dan mampu menempatkan 200 anak yatim pada satu-satu masa, termasuk dari Sabah dan Sarawak, dan dibangunkan di atas tanah seluas 2.35 hektar.

Menerusi Darul Kifayah, MAIWP ingin memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini mendapat pendidikan dan pembelaan yang sewajarnya akibat kesempitan dan kesusahan hidup.

Hadir sama pada majlis ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussien Alhabhee.dan Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Haji Amir Haji Hussien.

Darul Kifayah mula beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 1983 sebelum operasinya diperluaskan ke Labuan. Darul Kifayah MAIWP Labuan mula beroperasi pada Januari 2018.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP