MAIWP PRIHATIN ISU MAHASISWA MISKIN

Saiz Tulisan :

mini LRM EXPORT 9308425952611 20191024 141936222

 

Kuala Lumpur, 24 Oktober – Prihatin dengan isu yang dibangkitkan di media massa, MAIWP mengambil langkah proaktif mengadakan pertemuan dengan wakil 6 buah universiti awam di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu mahasiswa miskin di Lembah Klang yang kini hangat dilaporkan di media massa. Ia selari dengan saranan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh ini telah diadakan dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar dan wakil Majlis Persatuan Pelajar Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi MARA Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Pertemuan dengan pentadbir dan pelajar membolehkan MAIWP mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar dan beberapa cadangan akan diperhalusi bagi menyantuni mahasiswa miskin dan memastikan mereka mendapat quality education selari dengan Sustainable Development Goals 2030.

Datuk Abdul Aziz yang ditemui berkata MAIWP akan menyemak dasar yang telah ditetapkan dan MAIWP akan menggunakan sebaiknya 28 Skim bantuan yang sedia ada untuk diberikan kepada yang memerlukan dengan sebaiknya.

Turut hadir di perjumpaan ini Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

Secara umumnya, beberapa keperluan pelajar yang perlu difokuskan adalah makanan, tempat tinggal dan beberapa perkara lain seperti komputer riba serta bantuan kepada pelajar OKU.

Penerangan ringkas tentang program-program bantuan zakat yang dilaksanakan oleh MAIWP turut dikongsikan seperi Bantuan Am Pelajaran IPT dan Biasiswa Baitulmal yang kini telah membantu hampir 5,000 orang mahasiswa.

Timbalan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Dr Noor Alaudin Abdul Wahab berkata kampus UKM Kuala Lumpur mempunyai lebih seribu pelajar di kalangan keluarga B40.

Beliau amat berharap agar MAIWP dapat menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan terutamanya bantuan makanan dan sewaan asrama di luar kampus.

Pelajar tahun tiga Jurusan Bio Sains Perubatan UKM, Narissa Hairani Hamidun berpendapat taraf kehidupan pelajar di bandar raya Kuala Lumpur amat mencabar dan kos pengajian terutamanya dalam pembelian buku amat tinggi hingga para pelajar terpaksa mengikat perut.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP