MAIWP SALUR BANTUAN KEPADA KAKITANGAN UTUSAN MELAYU

Saiz Tulisan :

mini 84e2cfeb 32d2 4c34 a23c 959c85d1450e

Kuala Lumpur, 11 Oktober – Prihatin dengan situasi yang berlaku di Utusan Melayu, MAIWP telah bertindak proaktif menyalurkan bantuan zakat kepada kakitangan Utusan Melayu.
MAIWP pada hari ini telah menyalurkan bantuan kecemasan kepada 25 orang kakitangan Utusan Malaysia berupa wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang dan barangan keperluan bagi meringankan beban mereka.

Ia adalah susulan daripada taklimat yang telah disampaikan oleh Baitulmal MAIWP pada 5 september lalu di Utusan Melayu yang menerangkan mengenai 28 skim bantuan zakat Baitulmal MAIWP yang layak dipohon.
Bantuan kecemasan ini merupakan salah satu bantuan yang bertujuan membantu mereka yang terputus punca pendapatan atau hilang keupayaan untuk bekerja secara tiba-tiba.
Pengerusi MAIWP, Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee berkata, selain bantuan ini mereka juga boleh memohon bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Bulanan, Bantuan pelajaran dan lain-lain bantuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
25 kakitangan Utusan Melayu yang menerima bantuan pada hari ini merupakan kumpulan pertama dan MAIWP bersedia menyalurkan bantuan kepada lebih ramai kakitangan Utusan Melayu yang layak.
Penerima bantuan Nordolyna Dolrani dan Shamsul Rizal Shari amat bersyukur atas sumbangan yang diterima daripada MAIWP dan berharap rakan sekerja yang lain dapat mengisi borang bantuan agar pihak Baitulmal MAIWP dapat menyalurkan bantuan kepada yang layak.
Turut hadir pada program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

a0654215-a1a4-46fb-81c8-a53df3fb2982.jpg5bbb2a12-0566-4199-9166-d68530f67bae.jpgmini_84e2cfeb-32d2-4c34-a23c-959c85d1450e.jpg672884d8-7756-4280-92f9-0c3657a48f78.jpg34a54e7c-1e49-4e32-a7ee-f0f4fe09c363.jpg84e2cfeb-32d2-4c34-a23c-959c85d1450e.jpgf75c1196-e0af-41ae-bd60-90114b859243.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP