HALFEST PLATFORM HALAL NEGARA.

Saiz Tulisan :

kecik

Kuala Lumpur, 10 September - Satu inisiatif baharu Sekretariat Majlis Halal Negara, iaitu Program Pembangunan Strategik Industri Halal atau “be-Halal” akan diperkenalkan kerajaan.
Ia merupakan sebuah inisiatif bagi memacu pertumbuhan industri halal melalui program pembangunan holistik terhadap pemain-pemain industri halal agar mereka mampu bersaing secara produktif dan inovatif.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yab Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, MAIWP akan bekerjasama dengan sekretariat Halfest JAKIM bagi membuka ruang kepada 100 syarikat halal dalam kalangan golongan yang memerlukan sokongan, untuk diberi peluang penyertaan.
Beliau turut berhasrat lebih ramai asnaf beraksi di dalam Halfest pada tahun hadapan, dibantu oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan zakat.
‘’Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada MAIWP kerana memastikan asnaf yang terbabit dalam industri halal dapat diberi peluang dan disokong untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam program pembangunan Asnafpreneur’’.

Yab Dato’ Seri Dr. Wan Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan Halfest JAKIM 2019 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Seri Kembangan, Selangor.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yb Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Industri halal negara kini berada pada landskap yang betul dan dengan itu boleh dibawa ke tahap yang lebih membanggakan.
Meskipun halal begitu sinonim dengan masyarakat Islam, namun dalam dunia masa kini, halal bukan sahaja menjadi agenda umat Islam tetapi turut mendapat perhatian masyarakat bukan Islam.
ini terjadi apabila kesedaran di kalangan masyarakat dunia meningkat dan mereka mula memahami bahawa konsep halal yang di bawa oleh Islam adalah bersifat universal, komprehensif dan bukan bersifat keagamaan semata-mata.

Turut hadir di majlis tersebut, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk haji Mohamad Nordin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Yb Datuk haji Abdul Aziz Jusoh.
Lebih 400 ruang pameran dijalankan sepanjang berlangsungnya Halfest 2019 dan dianggarkan lebih 80 000 ribu pengunjung akan membanjiri MIECC.
HALFEST 2019 adalah anjuran JAKIM dengan kerjasama MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP