2,000 PESERTA PELBAGAI BANGSA SERTAI PROGRAM ECO ALAMI RIDE

Saiz Tulisan :

mini PRO 5548

PUTRAJAYA, 29 September – 2,000 peserta pelbagai bangsa dan agama termasuk NGO Orang Kelainan Upaya (OKU) menyertai program kayuhan basikal yang dinamakan Eco Alami Ride 2019 anjuran MAIWP.
Program bermula jam 7.30 pagi ini telah dilepaskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof diiringi Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Datuk Seri Mujahid yang ditemui berkata, penyertaan pelbagai kaum dan agama dalam program membuktikan masyarakat negara ini berkongsi satu hasrat sama iaitu hidup dalam harmoni dan aman damai seperti yang terkandung dalam gagasan Rahmatan Lil Alamin.
‘’Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong terutama agensi-agensi islam jakim dan MAIWP’’. Datuk Seri Mujahid berkata demikian sebelum melepaskan peserta kayuhan basikal 20km dan 10km.
Setelah melepaskan kumpulan berbasikal yang dipecahkan kepada 3 kategori iaitu 5km, 10km dan 20km, oleh Datuk Seri Mujahid, diringi Dato Seri Syed Hussein dan Datuk Mohamad Nordin mereka turut menyertai kayuhan basikal ini.
Mereka telah berkayuh sejauh 5 km dan telah singgah di tasik bagi acara melepaskan 1000 ikan jelawat dan menanam pokok Pometia Pinata.
Acara ini merupakan simbolik kepada frasa Alami yang merupakan salah satu daripada akronim RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Mesra,Alami dan Hormat.
Program ini diadakan bersempena Karnival Rahmah 2019 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung 26 hingga 29 Disember 2019 di Dataran Putrajaya.
Turut memeriahkan program ini adalah selebriti tanah air, Norman Hakim dan Shamsul Ghau Ghau.
Kumpulan berbasikal NGO yang menyertai program ini bergerak berkumpulan dibawah nama #bikeisable dan berdaftar di bawah MYCP iaitu (Malaysia Advocate for Celebral Palsy). Kumpulan ini mempunyai anak-anak OKU iaitu Celebral Palsy atau Kelumpuhan Otak. Majoriti anak-anak ini adalah golongan OKU terlantar yang tidak mampu makan, minum, duduk atau berdiri sendiri.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP