TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini LRM EXPORT 8982174974806 20190910 150907012

Kuala Lumpur, 10 September - MAIWP bakal kehilangan dua orang pegawai kanannya pada bulan ini iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Encik Zahed Saidin, dan Pengurus Unit Undang-Undang Puan Izalina Abdullah.
Encik Zahed Saidin, akan tamat tempoh perkhidmatan di MAIWP pada 16 September 2019 manakala Puan Izalina Abdullah pada 17 September 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk haji Abdul Aziz Jusoh mewakili MAIWP mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan keringat yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka di MAIWP dan ia hanya mampu dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan September 2019 di Dewan Seminar aras 1 Bangunan Perkim Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, Datuk haji Abdul Aziz turut berkesempatan berkongsi mengenai perkembangan dunia masa kini iaitu mengenai Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0 yang memerlukan MAIWP untuk bergerak pantas selari dengan perkembangan teknologi.
Perhimpunan kali ini turut menyaksikan lapan orang pegawai MAIWP diberi Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi bulan Jun dan julai 2019.
Para penerima menerima sijil penghargaan berserta sagu hati bernilai Rm100.

1546-1024.jpgLRM_EXPORT_8192543791294_20190910_145557381.jpegLRM_EXPORT_7740900535694_20190910_144803670.jpegLRM_EXPORT_8204612824747_20190910_145609450.jpegLRM_EXPORT_8266614409010_20190910_145711451.jpegLRM_EXPORT_8720694358801_20190910_150445531.jpegLRM_EXPORT_7814848589487_20190910_144917618.jpegLRM_EXPORT_7975638285218_20190910_145220475.jpegLRM_EXPORT_7825307773980_20190910_144928077.jpegLRM_EXPORT_8993870519836_20190910_150918708.jpegmini_LRM_EXPORT_7975638285218_20190910_145220475.jpegLRM_EXPORT_9028542619696_20190910_150953380.jpegLRM_EXPORT_8982174974806_20190910_150907012.jpegLRM_EXPORT_8947622016446_20190910_150832459.jpegmini_LRM_EXPORT_8982174974806_20190910_150907012.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP