HARI ‘ABQARI PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH

Saiz Tulisan :

mini e727157e 5e26 47cf 9b06 e0710f07cf48

Kuala Lumpur, 30 Ogos – Sejarah terlakar dalam catatan diari PMA kerana berjaya menganjurkan Hari ‘Abqari yang julung-julung kali diadakan bermula tahun ini.
Program tersebut mendapat sambutan luar dugaan bukan sahaja dari warga PMA, malah ibu bapa dan masyarakat setempat. Rata-rata pengunjung yang ditemui pada program tersebut teruja dengan program seumpama itu yang turut melibatkan penduduk di kawasan setempat.

“Saya amat terharu dengan komitmen tinggi guru-guru bagi menjayakan program tersebut walaupun masing-masing amat sibuk memeriksa skrip jawapan peperiksaan percubaan para pelajar.” Ujar pengarah program, Puan Islah Nasreen.
Antara aktiviti menarik sempena hari tersebut termasuklah forum yang mengetengahkan topik “Hala Tuju Pondok”, pertandingan melukis logo penubuhan PMA, pertandingan video penubuhan PMA dan hiasan kelas patriotik.
Gerai jualan makanan dan minuman turut dibuka pada hari berkenaan yang dikendalikan oleh badan-badan persatuan dan unit beruniform.

mini_e727157e-5e26-47cf-9b06-e0710f07cf48.jpg3f88bb9f-cece-4bfd-b67f-dd958f7e8344.jpge727157e-5e26-47cf-9b06-e0710f07cf48.jpg7593d5e8-99b8-4850-8029-c8adcfffb150.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP