BAKAT ANAK-ANAK TADIKA ISLAM MAIWP CAWANGAN PUTRAJAYA DIGILAP

Saiz Tulisan :

mini

Putrajaya, 7 September – Tujuh buah tadika Islam MAIWP di sekitar Putrajaya telah menyertai Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam (FKKI) Tadika Islam MAIWP Cawangan Putrajaya di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Festival ini diadakan bertujuan mencungkil dan menggilap bakat serta potensi yang terpendam di dalam diri murid-murid. Di samping itu ia juga sebagai pendorong utama agar mereka sentiasa bersikap ingin mencuba dan bersaing dalam meraih kejayaan.

Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Nasyid, Azan, Hafazan, Choral Speaking dan Kuiz. Tadika Islam MAIWP Presint 18 Putrajaya telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Festival ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP Mohd Nizam Yahya. Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Mohd Rodzi Osman dan Pengurus MAIWP Cawangan Putrajaya Wan Maizatun Wan Hassan.

2.jpg8.jpg9.jpg6.jpg4.jpg7.jpgmini.jpg3.jpg5.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP