21 MANGSA RIBUT TERIMA BANTUAN BAITULMAL MAIWP

Saiz Tulisan :

mini PRO 9202

Kuala lumpur, 1 ogos - Seramai 21 mangsa ribut di Kampung Puah Wangsa Maju, yang terjejas pada 13 Julai lalu menerima sumbangan daripada Baitulmal MAIWP dalam satu majlis penyampaian Bantuan Musibah di Pondok Mengaji Al-Quran Tuan Haji Arif Kampung Puah.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya. Turut hadir pada majlis ini, Pengurus Baitulmal, Ustaz Talmizi Yahaya.
Ustaz Nizam yang ditemui menyifatkan, bantuan ini membuktikan MAIWP proaktif dan prihatin dengan nasib masyarakat di wilayah persekutuan.
Ketua Kampung Puah, Othman Hashim berkata, ribut yang berlaku berpunca daripada hujan lebat dan angin kuat hingga menyebabkan kerosakan 21 rumah penduduk di kampung ini.
‘’ Saya difahamkan bantuan ini daripada MAIWP dan pembayar zakat. Kita bersyukur dan terima kasih kepada MAIWP kerama melalui bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban penduduk yang terlibat dengan malapetaka baru-baru ini ’’ .
Menurut salah seorang mangsa ribut, Roslita Ishak berkata ribut yang berlaku terlalu pantas hingga mengakibatkan bumbung rumahnya musnah.
Manakala mangsa kedua, Muharamah Hassan yang tiada di rumah pada hari kejadian berasa amat terkejut dengan musibah yang menimpa beliau. Beliau amat bersyukur kerana MAIWP sudi membantu beliau.
Sebanyak 21 RIBU ringgit telah disalurkan dengan setiap keluarga menerima seribu ringgit dan diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka akibat musibah tersebut.

PRO_9256.jpgmini_PRO_9202.jpgPRO_9202.jpgPRO_9111.jpgPRO_9162.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP