PUSAT HEMODIALISIS YAYASAN AL-SULTAN ABDULLAH MULA BEROPERASI DENGAN KERJASAMA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini LRM EXPORT 2822044694519 20190807 162336572

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Prihatin terhadap nasib pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menubuhkan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Cheras.

Seri Paduka Baginda berkenan untuk YASA bekerjasama dengan MAIWP bagi menubuhkan pusat hemodialisis ini yang terletak di Wisma Damai 12, Jalan 18/142, Cheras .

“Saya berterima kasih kepada pihak MAIWP kerana telah memberi lokasi yang baik untuk bangunkan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Cheras’’,titah Seri Paduka Baginda.

Baginda bertitah selepas berkenan merasmikan Pusat Hemodialisis YASA yang dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Turut hadir Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh.

Seri Paduka Baginda berharap operasi pusat hemodialisis ini dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar dan menumpukan kepada rakyat daripada golongan B40 dan M40.

MAIWP telah bekerjasama dalam merealisasikan penubuhan Pusat Hemodialisis YASA ini menerusi penyediaan premis dan peralatan serta kelengkapan yang diperlukan.

Pusat Hemodialisis ini diuruskan oleh pengendali hemodialisis berlesen, Sinar Hemodialysis Sdn Bhd yang memiliki lebih 12 tahun pengalaman.

Pusat yang menempatkan lapan ruang dialisis itu beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

LRM_EXPORT_2750695570493_20190807_162225223.jpegLRM_EXPORT_2745921027727_20190807_162220449.jpegLRM_EXPORT_2822044694519_20190807_162336572.jpegmini_LRM_EXPORT_2822044694519_20190807_162336572.jpegLRM_EXPORT_2738251093463_20190807_162212779.jpegLRM_EXPORT_2842302794927_20190807_162356831.jpegLRM_EXPORT_2789981484350_20190807_162304509.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP