MAIWP TELUS DALAM URUSTADBIR KEWANGAN

Saiz Tulisan :

mini LRM EXPORT 44317776079301 20190724 132835357

Putrajaya, 24 Julai – Pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat dittitikberatkan oleh MAIWP. Hasilnya, MAIWP sekali lagi telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran buat tahun ke - 13 berturut-turut oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan MAIWP tahun 2018 telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Jabatan Audit Negara, Dato' Che Isa Bin Che Kob kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh selepas Mesyuarat Exit Conference pada 24 Julai di MAIWP cawangan Putrajaya.

Datuk Haji Abdul Aziz berkata sijil bersih ini merupakan bukti MAIWP menguruskan dana zakat dengan baik sekaligus menaikkan semangat warga MAIWP untuk berterusan melakukan penambahbaikan dan mencipta kecemerlangan di masa hadapan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP yang telah melaksanakan tugasan harian dengan mengikut arahan dan peraturan kewangan yang ditetapkan. Beliau turut berterima kasih kepada para pembayar zakat dan berharap kutipan zakat di Wilayah Persekutuan akan terus meningkat. "Zakat yang diterima akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh MAIWP untuk menyantuni asnaf," ujar beliau lagi.

Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran telah disampaikan kepada MAIWP kerana berjaya mempersembahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.

Dalam pengauditan ini, JAN meneliti keseluruhan aktiviti MAIWP termasuk pengagihan zakat, perolehan, aset, pelaburan dan lain-lain lagi bagi memastikan ianya menepati prosedur yang ditetapkan. Sebagai sebuah agensi pengurusan Islam yang menjaga amanah zakat, perkara ini menjadi asas penting bagi memastikan zakat diagihkan menepati dengan kehendak syara’ dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Bagi memastikan ianya terlaksana, pengurusan kewangan di MAIWP sentiasa dipantau oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Tahniah diucapkan kepada warga MAIWP kerana berjaya menjalankan amanah yang diberi dengan penuh amanah dan dedikasi.

LRM_EXPORT_44307607177847_20190724_132825188.jpegLRM_EXPORT_44313857396266_20190724_132831439.jpegLRM_EXPORT_44324105815989_20190724_132841687.jpegLRM_EXPORT_44317776079301_20190724_132835357.jpegLRM_EXPORT_44339528163017_20190724_132857109.jpegLRM_EXPORT_44336408436788_20190724_132853990.jpegLRM_EXPORT_44384120085292_20190724_132941701.jpegLRM_EXPORT_44396992334245_20190724_132954574.jpegLRM_EXPORT_44366644621920_20190724_132924226.jpegmini_LRM_EXPORT_44317776079301_20190724_132835357.jpegLRM_EXPORT_44330454115985_20190724_132848035.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP