MIISMAM KL 2019 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Saiz Tulisan :

mini PRO 7062

Kuala Lumpur, 7 Julai – Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan kali Ke - 6 yang berlangsung pada 5-7 Julai 2019 di Sekolah Menengah Agama (SMA - MAIWP) telah melabuhkan tirainya.

MAIWP yang menjadi agensi penganjur apabila Wilayah Persekutuan dipilih menjadi tuan rumah MIISMAM tahun ini telah memberikan yang terbaik dalam memastikan penganjurannya berjalan lancar. Pada tahun ini MAIWP memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi semasa dengan melaksanakan pendaftaran kontinjen secara atas talian (on-line) yang telah memudahkan pendaftaran 1,050 peserta. Perkara ini turut disokong oleh Ketua Kontinjen Negeri Selangor. Beliau menyifatkan penganjuran MIISMAM kali ini adalah yang terbaik semenjak ia mula diadakan pada tahun 2014.

Selaku Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee berkata keistimewaan MIISMAM adalah setiap peserta yang menyertai program ini akan mendapat 10% markah merit apabila masuk ke IPTA. MIISMAM edisi ke- 6 menyaksikan negeri Selangor telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat tahun ke-4 berturut-turut. Ketika merebut gelaran naib juara, kedua-dua pasukan, Wilayah Persekutuan dan Kelantan berkongsi sama banyak pingat emas dengan masing-masing membawa 3 emas. Namun Wilayah Persekutuan memiliki kelebihan pada pingat perak berbanding Kelantan.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan antaranya Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris,Bahas (Ala Parlimen), kuiz, penulisan khat dan Nasyid. MIISMAM Kuala Lumpur 2019 pastinya menjadi satu kenangan manis kepada semua peserta yang terlibat. Pada tahun hadapan negeri Kedah akan menjadi tuan rumah MIISMAM 2020.

PRO_7062.jpgPRO_7082.jpgPRO_7143.jpgPRO_6768.jpgPRO_6633.jpgPRO_6632.jpgPRO_7095.jpgmini_PRO_7062.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!