TRAGEDI LANGGAR LUBANG - SKUAD JEJAK ASNAF Baitulmal MAIWP TURUN PADANG MEMBANTU

Saiz Tulisan :

mini 1b6413af 7a74 4402 a661 3bc9e50f5050

12 Jun 2019 (Rabu), Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang menziarahi seorang pesakit di lokasi No 8-4-1 Kelumpuk Sunding Malam B, Wangsa Maju. En. Zakaria 60 tahun, terlibat dengan kemalangan motosikal kira-kira 3 tahun lalu berpunca daripada motosikal yang ditunggang terlanggar lubang dijalanraya semasa perjalanan pulang daripada tempat kerja dan telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan turut menyebabkan tempurung dibahagian kepala terpaksa dipasang sebanyak 4 (empat) buah skru akibat kemalangan tersebut.

Kesan kejadian itu, menyebabkan beliau terpaksa berehat cuti sakit selama 3 tahun selain tidak dapat melakukan sebarang kerja-kerja berat dan turut mengalami masalah sukar mengingati akan sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi disamping turut menanggung seorang isteri suri rumah sepenuh masa yang mengalami masalah sakit lutut kronik. Menurut En. Zakaria, beliau bekerja sebagai sebagai 'Line Leaders' di Malaysia Tranformer Manufacturing Sdn. Bhd. yang sudah berkhimat selama 38 tahun di syarikat tersebut dan akan bersara dari pekerjaan beliau pada 27 Jun 2019 ini

.
Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP mengesyorkan Bantuan Perubatan Am iaitu set alat Diabetik dan Insulin dan turut mencadangan agar beliau memohon bantuan kewangan bulanan masa akan datang bagi meringankan beban En, Zakaria sekeluarga dan didoakan beliau diberikan kesembuhan serta kekuatan.

64992832_1291928724319265_5418292666301415424_n.jpg65100760_1291928657652605_3429665225626877952_n.jpg9e9af47c-176a-4fd2-b91a-d44d9db823d0.jpgmini_64992832_1291928724319265_5418292666301415424_n.jpge1e9b110-e3b0-4ee1-aaf8-e17e43e7b42f.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP