KAMI MALU DAN TAK TAHU NAK MOHON BANTUAN ZAKAT

Saiz Tulisan :

mini 64992832 1291928724319265 5418292666301415424 n

24 Jun 2019 (Isnin) - Itulah ucapan yang keluar daripada kata-kata Pakcik Ibni 70 tahun apabila ditanya mengapa sekian lama dalam kesempitan hidup tetapi tidak pernah memohon bantuan zakat di Baitulmal MAIWP.
Beliau bersama isteri Makcik Radiah tinggal di Kg. Puah, Wangsa Maju sejak awal perkahwinan mereka 50 tahun lalu.

Kedua mereka menghidap sakit kencing manis dan darah tinggi. Cuma keadaan kesihatan Pakcik Ibni sejak kebelakangan ini kurang baik dan kaki membengkak akibat kencing manis. Mereka mempunyai 10 orang anak dan masing sudah berkahwin dan tinggal berasingan. Sara hidup bulanan Pakcik Ibni dan juga isteri adalah bergantung kepada pemberian ehsan anak-anak mereka. Mereka juga amat bersyukur kerana diberikan anak-anak yang perihatin dan mengambil berat atas urusan penting mereka. Skuad mengesyorkan Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Perubatan Am (susu) buat kedua mereka bagi meringankan beban

64992832_1291928724319265_5418292666301415424_n.jpg65100760_1291928657652605_3429665225626877952_n.jpg9e9af47c-176a-4fd2-b91a-d44d9db823d0.jpgmini_64992832_1291928724319265_5418292666301415424_n.jpge1e9b110-e3b0-4ee1-aaf8-e17e43e7b42f.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP