BAITULMAL MAIWP TURUT SERTA PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN ANJURAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Saiz Tulisan :

mini 65740385 1294155334096604 1681844347697364992 o

26 Jun 2019(Rabu) - Malam ini Baitulmal MAIWP memenuhi jemputan dengan menyertai Program Jalinan Kasih Bersama Gelandangan Kuala Lumpur di sekitar Jalan Chow Kit. Program tersebut adalah anjuran Yayasan Al-Hikmah dengan kerjasama Kelab Zakat dan Wakaf Profesional Baitulmal (KPB).

Program malam ini juga mendapat penglibatan daripada Timb.Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), YBhg Us Mohd Nizam b. Hj. Yahya. Menurut Pengerusi Yayasan Al-Hikmah, En. Muhammad b. Suhaimi program malam ini mendapat penglibatan pelajar daripada Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan ianya adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada mereka dalam menyantuni golongan gelandangan.

Malam ini rakan jalanan menerima "goodies bag" yang mengandungi kelengkapan mandian, kebersihan diri dan juga makanan kering hasil sumbangan Yayasan Al-Hikmah. Baitulmal MAIWP mendapati berlaku pengurangan kepada jumlah golongan ini di sekitar kawasan tersebut kemungkinan disebabkan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan secara konsisten di Pusat Khidmat Gelandangan, Jln Medan Tuanku yang berdekatan di situ.
Selain itu, TKPE (O) MAIWP dan Pengerusi Yayasan al-Hikmah turut berkesempatan memberikan sedikit sumbangan agihan duit raya kepada kanak-kanak di kawasan tersebut. Kebetulan juga malam ini terdapat NGO yang memberikan perkhidmatan sosial dengan mengajar kanak-kanak disitu mengaji Muqaddam dan Iqra.

Baitulmal MAIWP akan sentiasa menyokong segala usaha kebajikan yang dijalankan khususnya daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu golongan ini agar mereka dapat dibantu sebaiknya. Baitulmal MAIWP juga menyarankan mana-mana NGO yang menjalankan objektif yang sama, saling bekerjasama antara satu sama lain selain berkongsi pengalaman dalam menyantuni golongan ini.

43e60573-c663-408d-89c6-b3bdfe0d6019.jpg70ed301b-fd7d-483d-9696-b14ff178f8f5.jpg65305358_1294155374096600_4532385533275406336_o.jpgd012b9b6-5c48-4ee8-8df3-5fee5b6594e1.jpgmini_65740385_1294155334096604_1681844347697364992_o.jpgea9976e7-8314-44d7-8ff0-2c7172008d36.jpg65740385_1294155334096604_1681844347697364992_o.jpgc61ec37e-7622-4c90-8b82-224ad786dc9a.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP