MAIWP AGIH 1,450 JUADAH BERBUKA PUASA SETIAP HARI

Saiz Tulisan :

DEL 3401 1

Kuala Lumpur, 6 mei – Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, MAIWP akan mengedarkan sebanyak 1,450 bungkus juadah berbuka puasa setiap hari dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM378,450.00.

Juadah berbuka akan diagihkan setiap hari bermula jam 5.00 petang di 10 lokasi. 150 bungkus akan diedarkan di 9 Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal MAIWP manakala 100 bungkus akan diedarkan di Rumah Prihatin AADK sepanjang bulan Ramadhan.
Antara lokasi yang terlibat adalah di PAZA (UTC) Pudu Sentral, PAZA UTC Keramat Mall, PAZA Parlimen Lembah Pantai, PAZA Wangsa Maju dan PAZA Seputeh.

Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee ketika merasmikan Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa 2019 berkata bersempena bulan Ramadan ini, pelbagai sumbangan akan disampaikan oleh MAIWP kepada golongan asnaf.
Selain agihan makanan berbuka puasa ini, MAIWP akan turut menyalurkan Sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan pesakit Hospital , Bantuan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau serta Bantuan Aidilfitri kepada golongan asnaf.
MAIWP turut menyampaikan Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran kepada 269 para penghafaz Al-Quran yang telah terpilih menerima Bantuan Zakat Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP.

Melalui dana zakat yang disumbangkan MAIWP dapat membantu dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan ummah khususnya di Wilayah Persekutuan dan memastikan agihan zakat dapat disampaikan kepada asnaf yang layak.

Terima kasih pembayar zakat, amanah anda kami laksanakan.

{AG{/berita/2019/28052019-1{/AG}

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP