AGONG KURNIA SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ASNAF MAIWP

Saiz Tulisan :
Cannot find /berita/2019/27052019 subfolder inside /var/www/maiwp.gov.my/i/images/maiwp//berita/2019/27052019/ folder.
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-0+deb9u3

000 2198 2

KUALA LUMPUR 27 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan kepada asnaf baitulmal MAIWP sebagai persiapan mereka menyambut Aidilfitri.

Pengurniaan bantuan itu berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf anjuran MAIWP dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan.
Pengurniaan itu menyaksikan jumlah Bantuan Aidilfitri bernilai RM12.68 juta melibatkan 25,965 asnaf yang merupakan salah satu Bantuan Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.

Turut hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Timbalannya YB Fuziah Salleh.
Pada majlis tersebut YB Datuk Seri Dr. Mujahid dalam ucapan sembah aluan berkata Majlis yang penuh bersejarah ini membuktikan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong terhadap golongan asnaf khususnya dan rakyat amnya.
Selain pengurniaan sumbangan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil.

Sepanjang ramadhan tahun ini, MAIWP menyalurkan RM23.05 juta menerusi Bantuan Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.
Terima kasih para pembayar zakat, amanah anda MAIWP tunaikan

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP