MAIWP SALUR RM1.25 JUTA KEPADA TABUNG KEBAJIKAN HOSPITAL WILAYAH PERSEKUTUAN.

Saiz Tulisan :

DSC 0078 2

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan yang diadakan di Auditorium, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.

Sebanyak 14 buah hospital dan institusi perubatan menerima sumbangan melalui Tabung Kebajikan Hospital-Hospital dengan jumlah keseluruhan sumbangan berjumlah RM1.25 juta. Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan Hospital Kuala Lumpur masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM200,000.00 manakala Hospital Putrajaya menerima sumbangan berjumlah RM150.000.00.

10 lagi sumbangan berjumlah RM 50,000.00 bagi setiap institusi disalurkan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Selayang (Intraokular), Majlis Kanser Nasional, Yayasan Kanser Malaysia, Hospital Angkatan Tentera Malaysia Tunku Mizan (HATTM), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Pusrawi, Hospital Labuan dan Yayasan Institut Jantung Negara.
Pada Majlis tersebut, Raja pemaisuri Agong turut melawat ke Wad Pediatrik Onkologi dan Hemotolgi hospital berkenaan untuk menyampaikan saguhati dan hamper sebagai sumbangan aidilfitri kepada pesakit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajjah Fuziah Salleh yang hadir mengiringi Raja Pemaisuri Agong berkata program ini telah diadakan oleh MAIWP sejak tahun 2002.
Sumbangan yang disampaikan kepada setiap hospital akan digunakan bagi membantu para pesakit di hospital masing-masing daripada kalangan asnaf.

Turut hadir pada Majlis tersebut Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh dan Naib Canselor UKM Bangi, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.

DSC_0076.JPGDSC_0078.jpegDSC_0099.jpegDSC_0079.jpegDSC_0089.jpegDSC_0078_2.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP