RM8.65 JUTA BANTUAN IHYA' RAMADAN DISALURKAN

Saiz Tulisan :

000 1192 2

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, MAIWP akan menyalurkan bantuan berjumlah RM8.65 juta kepada 724 buah masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bantuan yang diberikan meliputi Bantuan Pengimarahan, Bantuan Ihya’ Ramadan dan Bantuan Kecerian dan Kebersihan. Menerusi bantuan ini, setiap masjid menerima RM15,000, surau Jumaat RM12,500 dan RM11,000 kepada surau biasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata demikian pada Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadhan 1440H/2019M di Dewan Sebaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau berharap bantuan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya antaranya bagi menjayakan program Marhaban ya Ramadan tahun ini yang bertemakan Ramadan Tanpa Pembaziran. Gunalah duit itu sebaiknya dalam menyedarkan kempen kita. Termasuk dalam menyedarkan orang tentang jangan membazir

Datuk Seri Mujahid turut mengumumkan bahawa kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah sebanyak RM7.00. Perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Pada kesempatan ini saya ingin umumkan juga kadar zakat fitrah bagi wilayah perseketuan pada tahun ini adalah sebanyak RM7.00

Seramai 886 amil bagi 74 pusat pungut zakat fitrah telah dilantik oleh MAIWP untuk melaksanakan kutipan zakat fitrah pada bulan Ramadan ini dan sasaran kutipan pada tahun ini adalah RM9.8 juta.

 Seramai 886 amil bagi 74 pusat pungut zakat fitrah telah dilantik oleh MAIWP untuk melaksanakan kutipan zakat fitrah pada bulan Ramadan ini dan sasaran kutipan pada tahun ini adalah RM9.8 juta.

000_1192_2.JPG000_1117.JPG000_1104.JPG000_1155.JPG000_1082.JPG000_1192.JPG000_1189.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP