WARGA PENDIDIK SMAM MENGIKUTI BENGKEL PENGUKUHAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP SIRI 1/2019

Saiz Tulisan :

WhatsApp Image 2019 04 30 at 08.59.08 2

Kuala Lumpur, 26 - 28 April 2019 - Unit Pendidikan, Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan Bengkal Pengukuhan Teknik Pengajaran Bahasa Arab Institusi Pendidikan MAIWP Siri 1/2019 bertempat di Dewan Seminar Aras 1, MAIWP.

Bengkel ini dilaksanakan di kalangan pendidik di Institusi Pendidikan MAIWP dengan kerjasama tenaga pakar daripada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar, Malaysia (WOAG). Seramai 27 orang peserta bengkel terdiri daripada Guru-guru Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAM) telah berjaya menamatkan bengkel siri 1 ini. Antaranya Guru-guru daripada SMA MAIWP KL, SMA MAIWP Labuan,SMISTA, Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA) dan Maalim Al Sunan Li Dirasati Nabawiyyah (MSN).

Bengkel selama 3 hari ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mahamud Bin Abdul, YBhg.Dr. Ahmad Bin Yusof dan YBhg. Dr.Mohamad Azrien Bin Mohamad Adnan dari Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG). Bengkel Siri 2/2019 dan 3/2019 akan diadakan pada bulan Jun dan September. Diharapkan Bengkel ini mampu mempertingkatkan minat serta kesungguhan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab secara praktikal serta meningkatkan keyakinan diri untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab.

WhatsApp_Image_2019-04-30_at_08.59.08_2.jpegWhatsApp_Image_2019-04-28_at_12.32.08.jpegWhatsApp_Image_2019-04-27_at_20.56.34.jpegWhatsApp_Image_2019-04-30_at_08.59.08.jpegWhatsApp_Image_2019-04-28_at_17.14.33.jpegWhatsApp_Image_2019-04-30_at_09.06.05.jpegWhatsApp_Image_2019-04-30_at_09.00.38.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP