ANUGERAH CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN MAIWP

Saiz Tulisan :

000 6583 2

MAIWP meraikan seramai 88 orang pekhidmat MAIWP sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MAIWP 2018. Majlis APC MAIWP 2018 ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee. Dato' Sri Syed Hussien dalam ucapannya berkata majlis anugerah yang diadakan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan  dan penghargaan MAIWP terhadap prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh warganya.

Menurut beliau MAIWP mempunyai kelebihan dimana kakitangan yang berkhidmat di MAIWP bukan sahaja mendapat ganjaran duniawi malah mereka juga akan mendapat pahala atas tugas-tugas membela golongan asnaf.

Tambah beliau kecermelangan MAIWP bermula dari kakitangan kumpulan perlaksana yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti atau program.

Para penerima dinilai berdasarkan kuota 8% yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmat an Awam (JPA). Kriteria utama yang diberi pertimbangan ialah terhadap beberapa aspek iaitu markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan atau LNPT 85% ke atas dan juga rekod kehadiran yang baik.

 Ia adalah selaras dengan  arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 13 Disember 2007 yang meminta supaya pegawai-pegawai penilai memberikan penilaian prestasi yang objektif, adil dan boleh diyakini.

Penilaian juga dengan melihat penglibatan warga MAIWP dalam aktiviti-aktiviti dan program sukan, persatuan dan kelab di MAIWP.

MAIWP juga bersetuju untuk menimbang seramai 500 orang lagi sebagai penerima  Sijil Penghargaan Perkhidmatan.  

Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai berjumlah RM1,000 manakala penerima Sijil Penghargaan akan menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM500.

{AG}/berita/2019/04042019(/AG)

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!