KERJASAMA MAIWP, SME CORP BAKAL LAHIR ASNAFPERNEUR BERJAYA

Saiz Tulisan :
Cannot find /berita/2019/04042018 subfolder inside /var/www/maiwp.gov.my/i/images/maiwp//berita/2019/04042018/ folder.
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-0+deb9u3

WhatsApp

Kuala Lumpur, 2 April – MAIWP memeterai kerjasama strategik bersama SME Corp. dalam melahirkan Usahawan Baitulmal berjaya di bawah Program Tunas Usahawan Baitulmal.

Program Tunas Usahawan Baitulmal ini lebih bersifat inklusif serta mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kualiti hidup golongan asnaf di semua peringkat melalui perniagaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kerjasama di antara kedua-dua pihak ini merupakan yang julung kali diadakan.

Program ini mensasarkan untuk melahirkan 100 orang usahawan Baitulmal yang berjaya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Tunas Usahawan Baitumal di Ibu Pejabat SME Corp. Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli. Pengerusi MAIWP yang juga Pengerusi SME Corp, Dato' Sri Syed Hussien Alhabshee berkata matlamat utama program itu selain meningkatkan taraf hidup golongan ini daripada terus menerima zakat ia juga bertujuan memperkasakan mereka dengan bantuan model perniagaan.

Kita mahu lihat golongan penerima zakat ini pada masa akan datang bertukar dari penerima zakat kepada pemberi,” Program Tunas Usahawan Baitumal ini turut dikenali sebagai ‘Asnafperneur’ di mana peserta program akan diberikan pendedahan latihan berkaitan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran ekonomi digital. Kerjasama strategik ini mampu menyuntik semangat daya saing dalam diri usahawan Baitumal yang setanding usahawan lain.

Program yang bakal diadakan ini mengadaptasi modul latihan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksana oleh SME Corp. sebelum ini. Kejayaan program TUBE telah mencatatkan hasil jualan mencecah RM100 juta dan memberi pekerjaan kepada 8,000 orang wajar menjadi contoh kepada pelbagai program perintis.

Secara dasarnya konsep Program Tunas Usahawan Baitulmal ini akan mempunyai tiga fasa pembangunan sahsiah diri dan pengembangan perniagaan iaitu fasa pertama latihan fizikal asas, fasa kedua maklumat operasi perniagaan berkesan dan fasa terakhir khidmat nasihat.
Sesi memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MAIWP dan SME Corp itu kemudian ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh bersama Ketua Eksekutif SME Corp,Noor Azmi Mat Said.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP