“ DUNIA BARU ”

Saiz Tulisan :

P6 2

Sg Penchala, 10 Mac – Seramai 8 orang penghuni baru telah mula mendaftar diri di Darul Ilmi bagi memulakan pengajian selama dua (2) tahun.
Pendaftaran kemasukan telah bermula seawal jam 2.30 petang dan kehadiran mereka telah disambut mesra oleh Pengetua Darul Ilmi, Azlinawati Zakaria.

Satu taklimat ringkas telah diberikan sebagai panduan awal kepada semua penghuni dan ahli keluarga. Program Jati Diri telah dilaksanakan kepada semua penghuni selama dua (2hari). Slot Kepimpinan dan Jati Diri telah dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor MAIWP, Mohd Husaini Hussin. Manakala Peraturan Darul Ilmi telah disampaikan sepenuhnya oleh Ketua Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan BPI, Noraza Aziz.
“Alhamdulillah, Allah telah memilih dan menetapkan bahawa rezeki ibu-ibu adalah menuntut ilmu di sini. Moga Allah permudahkan segala urusan ibu-ibu sepanjang berada di Darul Ilmi” ujar Noraza Aziz dalam ucapannya kepada penghuni baru.
Semoga dunia baru ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua penghuni Darul Ilmi.

P5.jpegP6_2.jpegP1.jpegP4.jpegP6.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP