PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Saiz Tulisan :

000 4355 2

Kuala Lumpur, 6 Mac – Hospital Pusrawi Sdn Bhd dengan kerjasama MAIWP, telah mengambil langkah proaktif memperkenalkan Program Kad Rawatan Asnaf. Pelancaran kad ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Hajjah Fuziah Salleh dalam majlis Pelancaran Kad Rawatan Asnaf Hopital Pusrawi baru-baru ini

Bagi merealisasikan program yang julung kali diadakan ini, hospital Pusrawi telah mewujudkan Tabung Pesakit sebanyak Rm100,000.00. maksima kadar rawatan adalah sebanyak Rm500.00 setahuntermasuk ubat dan prosedur untuk sebuah keluarga.
Peluang ini mendapat manfaat kepada 200 keluarga bagi fasa pertama. Dengan keutamaan kepada mereka yang telah berkahwin.
Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif, cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah.

Bagi pihak kami MAIWP dan saya bertanggungjawab kita akan sedia akalau ada idea-idea sebab kita ada 22ribu asnaf di wilayah dan kalau setiap hospital boleh sumbang 200 kad asnaf di Wilayah Persekutuan sahaja kita dah boleh tampung asnaf. Saya mengajak mereka sama-sama dalam usaha ini.

Penerima Kad Rawatan Asnaf Eb Abu Bakar dan Puan Norasima yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP melahirkan rasa gembira kerana terpilih menerima bantuan ini.

Alhamdulillah terima kasih kerana bagi bantuan kepada orang macam pakcik ini perasaan tidak terkata. Terima kasih MAIWP kerana bagi rawatan percuma pada pakcik.

Sebelum ini saya dapat panggilan dari MAIWP, terkejut kerana menerima bantuan kad rawatan asnaf dari hospital pusrawi. Terasa amat terkejutlah.

Dalam pada masa yang sama, Hajjah Fuziah Salleh turut menyempurnakan Program Kad Ibu Susuan atau cetusan laktasi yang diberikan kepada ibu yang berjaya menyusukan bayi angkat mereka berumur 2 tahun sehingga 5 kali kenyang.
Cetusan Laktasi adalah merujuk kepada wanita yang tidak pernah mengandung dan melahirkan bayi, akan tetapi melalui satu proses untuk mengupayakan diri mereka bagi menghasilkan susu dan boleh menysusu bayi.

000_4334.JPG000_4355_2.JPG000_4355.JPG000_4383.JPG000_4365.JPG000_4428.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP