INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP UNGGULI PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

pic ketiga 2

Kuala Lumpur, 14 Februari – Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019M bertempat di Kompleks Pusat Islam JAWI Kuala Lumpur .

Dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula dari 13 hingga 14 Febuari para pelajar Institusi Pengajian MAIWP telah mengungguli Pertandingan Tilawah dan Hafazan yang diadakan.
Pertandingan Tilawah dan Hafazan bagi kategori 1 – 30 juzuk menyaksikan pelajar Pondok Moden Al-'Abaqirah (PMA) Muhammad Al-Fateh Mohammad Hasnil mendapat johan menakala naib johan dimenangi pelajar Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN) Muhammad Faiz Iskandar bin Mohd Safiee.
Menurut Muhammad Al-Fateh kemenangan tahun lalu di kedudukan naik johan pada pertandingan yang sama merupakan dorongan untuknya untuk berjaya kali ini.
“Pada tahun lepas saya juga telah menyertai pertandingan yang sama dan saya mendapat tempat kedua dalam kategori sama. Namum alhamdulillah saya diresekikan allah dengan johan di peringkat Wilayah Persekutuan”.
Seorang lagi pelajar institusi MAIWP telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori 1 – 20 juzuk disandang oleh Muhammad Fitri Naim Roslan dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA MAIWP).
Menyifatkan kejayaannya mendapat 99.25% dalam Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri 2019 di luar jangkaan, Muhammad Fitri percaya itu adalah hasil doa dan sokongan kedua ibu bapanya.

Johan Hafazan ini berkata, sekalipun menyasarkan keputusan yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini, namun dia seolah-olah tidak percaya apabila mendapat johan setelah gagal diperingkat saringan pada 2018.
“Persaingan antara peserta-peserta amat sengit kerana rata-rata peserta adalah yang berpengalaman dan pernah mewakili negeri masing-masing dan ada juga seorang peserta yang telah mendapat juara tahfiz bagi peringkat Asia. Tapi saya jadikan cabaran untuk saya mengatasi mereka dan alhamdulillah rezeki memihak kepada saya Saya nak ucapkan terima kasih kepada MAIWP dan semua pembayar zakat kerana atas jasa anda saya dapat berjaya hingga tahap ini”.
Seorang lagi pelajar PMA Ahmad Al Atif Ahmad Subki telah mendapat johan bagi kategori 1 – 10 juzuk. Manakala naib johan dirangkul oleh Shaheer Ramadhan Mazlan yang juga pelajar PMA.
Menurut Ahmad Al Atif tunjuk ajar dari ibubapa dan guru-guru banyak membantu beliau dalam memperbaiki kelemahannya. Beliau berharap dapat lakukan yang terbaik untuk peringkat kebangsaan.
“Akhir sekali saya inginkan galakkan remaja-remaja kita bersama-sama memartabatkan al-quran dan seterusnya menjaga hafazan”.
Johan bagi kategori 1-30 juzuk membawa pulang lima ribu ringgit beserta piala iringan, johan bagi kategori 1-20 juzuk menerima tiga ribu ringgit beserta piala iringan dan Johan bagi kategori 1-10 juzuk menerima seribu lima ratus ringgit beserta piala iringan.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dalam pertandingan ini. Semoga segala usaha para pelajar ini untuk memartabatkan hafalan Al-Quran mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Semoga para pelajar dapat membuat persediaan sebaiknya pada Pertandingan Tilawah/Hafazan bagi Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada 17 Mac 2019 .

pic_ketiga_2.jpg2.jpg3.jpgpic_kedua.jpgpic_ketiga.jpgpic_utama.jpgphoto_2019-02-18_11-48-12.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP