MAIWP LAHIR WARGA EMAS BERILMU

Saiz Tulisan :

000 4134 2

Tempoh persaraan menjadi waktu terbaik untuk mendalami ilmu agama dalam melalui sisa-sisa umur di penghujung usia. Ilmu dan amal soleh pastinya menjadi tumpuan kepada golongan warga emas untuk bekalan mereka di alam seterusnya setelah meninggalkan dunia ini.

Baru-baru ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Graduasi Darul Ilmi bertempat di pusat pengajian tersebut di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan meraikan 15 orang penuntut yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee.

Dalam ucapannya, Dato’Sri Syed berkata Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian di bawah MAIWP yang menyediakan pengajian agama secara intensif kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas. Berkonsepkan pusat pengajian, ia berbeza dengan pusat penjagaan warga tua di mana di sini mereka akan mengikuti aktiviti keagamaan dan kelas pengajian bermula daripada awal pagi sehingga malam.

“Darul ilmi adalah yang bukan kita iktirafkan sebagai pusat jagaan orang tua. Jumlah ini adalah darul ilmi kita ada syarat-syarat untuk jadi pelajar yang datang ke sini untuk menambah ilmu-ilmu yang sedia ada untuk ditambahkan lagi”. Pusat pengajian ini beroperasi di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Ir. Mohd Mazlan bin Md Ismail Merican dan isteri. Beliau telah mewakafkan mewakafkan hartanahnya seluas 1.7 ekar bertujuan menjadikan pusat pendidikan Islam khas untuk warga emas.

Justeru itu, beliau menggalakkan orang ramai untuk berwakaf dan pahala yang diperolehi dengan berwakaf akan berterusan hingga akhirat.
“Saya menyeru kepada orang islam di Wilayah persekutuan kalau barang siapa mahu berwakafkan tanah dan bangunan kami sedia urustadbir seperti yang kami buat. Manfaatkan bangunan wakaf itu sendiri untuk meneruskan agenda wakaf itu agar pahala itu berkekalan hingga akhirat”.
Keunikan perkhidmatan yang disediakan oleh Darul Ilmi serta usaha-usaha murni yang dijalankan membolehkan Darul Ilmi menerima Anugerah Khas Organisasi Rumah Kebajikan Islam Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan sempena Majlis Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1440H/2018M.

Darul Ilmi merupakan salah sebuah daripada 9 institusi pendidikan yang dibuka oleh MAIWP selain Tadika-tadika Islam, sekolah-sekolah menengah, institut latihan dan institusi pengajian tinggi.

000_4134_2.JPG000_4028.JPG000_4134.JPG000_3874.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP