LAWATAN KERJA KE MESIR

Saiz Tulisan :

kecik

Cairo, Mesir 20 Januari 2019 - Satu lawatan kerja oleh Pengurusan Tertinggi MAIWP ke Mesir telah diadakan bagi membincang dan memastikan kebajikan pelajar Malaysia tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapat perhatian sewajarnya.

Lawatan diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd Nizam Yahya. Turut mengiringi, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan (BPP) MAIWP, Ir. Abd Karim Mohamed dan Penolong Jurutera Khairul Mazli Saut.

Dalam siri lawatan tersebut, delegasi dari MAIWP telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Duta Besar Malaysia di Mesir, TYT Amb. Mohd Haniff Abd Rahman. Di samping itu, beberapa perbincangan telah diadakan dengan pelajar Malaysia yang ditempatkan di Cairo dan Alexandaria.
Delegasi juga telah membuat lawatan ke Asrama MAIWP di Mesir bagi meninjau kemudahan dan prasarana yang disediakan untuk para pelajar.

kecik.jpg1.jpg2.jpg3.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP