KEPUTUSAN STAM PONDOK MODEN AL ABAQIRAH (PMA-MAIWP) 2018 CATAT PENINGKATAN

Saiz Tulisan :

kecik

Batu Caves 17 Januari – Keputusan STAM Pondok Moden Al Abaqirah (PMA-MAIWP) 2018 menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.34 berbanding 2.61 bagi tahun 2017.

Dua pelajar PMA MAIWP menerima keputusan cemerlang Mumtaz Sofi, manakala 11 pelajar menerima keputusan Mumtaz dan 15 pelajar menerima keputusan Jayyid Jiddan dari kalangan 46 pelajar yang telah menduduki peperiksaan STAM 2018.

Majlis  Penyampaian Keputusan STAM 2018 telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Lajnah Irsyad MAIWP Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri di Kompleks Darul Kifayah.

Menurut Dato’ Seri Mufti usaha yang dibuat oleh MAIWP digembeling oleh tenaga pengajar yang cukup komited telah melahirkan kejayaan yang luar biasa dalam keputusan STAM tahun 2018.

‘’Mengucapkan syabas kepada pengetua PMA dan guru-gurunya serta pelajar-pelajar PMA yang mendapat keputusan cermelang dan terima kasih kepada MAIWP kerana memberi bantuan yang begitu banyak dalam menjayakan misi PMA’’.

Tambah beliau, kekuatan PMA terletak pada sistem tadbir urus, pembelajaran dan disiplin adalah kunci kecermelangan pelajar mereka.

‘’Pertama saya lihat kekuatan mereka berada dalam satu environment yang baik. Kedua mereka ditempatkan di asrama dengan peraturan dan disiplin yang baik ketiga mereka mempunyai guru-guru yang terbaik dan terakhir kerana sistem pembelajaran turasi dan arab yang ditekankan maka natijah itulah yang terhasil’’.

Dua pelajar PMA MAIWP yang menerima keputusan Mumtaz Sofi iaitu Muhammad Aiman Muqri dan Abdul muiz yang ditemui wartawan MAIWP berkata tiada kata yang mampu diungkap dan mereka amat bersyukur dengan keputusan yang diterima.

“Apa yang boleh kongsi saya mulakan belajar STAM dari awal tahun dan saya banyak belajar dari pelajar-pelajar tahun lepas. Maka saya dapat tahu teknik-teknik yang mereka gunakan untuk jawab STAM dan boleh praktikkan di dalam kelas. Saya gemar buat nota kecil untuk dibawa kemana-mana. Contoh saya letak dalam poket sementara tunggu bas saya baca. Alhamdulillah apa yang saya lakukan berhasil untuk saya”.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar PMA kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam STAM 2018.

Terima kasih pembayar zakat, melalui amanah yang diberi MAIWP berjaya menghasilkan pelajar cemerlang dunia akhirat.

000_2359.JPG000_2216.JPG3.JPG4.JPGkecik.JPG1.JPG2.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP