MAIWP SENTIASA PROAKTIF

Saiz Tulisan :

kecik

Keramat, 10 januari - Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Hj Abdul Aziz Jusoh bersama Pengurus Baitulmal MAIWP serta team Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang sejurus menerima aduan kedaifan sekeluarga di keramat Kuala Lumpur.

Ketangkasan pasukan jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilihat apabila mereka turun menyantuni keluarga ini setelah menerima aduan dari pihak sekolah Sk Dato Keramat 1 jam 7 petang pada 9 januari 2019. 6 sekeluarga menyewa sebuah bilik dimana ruang tamu, dapur,tempat tidur dan bilik air terletak dalam bilik yang sama. Anak-anak mereka terpaksa bergilir-gilir ke sekolah kerana perlu menjaga adik mereka yang berusia 4 tahun sementara ibunya mencari nafkah sebagai tukang cuci di KLCC.

Menurut Hj Abdul Aziz, pihak Baitulmal MAIWP akan membantu keluarga ini dengan membayar sewa bulanan rumah mereka RM300.00, menyelesaikan tunggakan hutang keluarga ini sebanyak RM1,500.00 dan bantuan bulanan yang diterima sebelum ini akan dikaji semula.
’Berdasarkan rekod, keluarga ini merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP sedia ada. InsyaAllah MAIWP akan memberikan bantuan tambahan dalam bentuk sewa rumah dan hutang keperluan asasi keluarga ini yang tertunggak. Jumlah bantuan bulanan yang disalurkan akan turut dikaji semula’.

kecik.JPG000_1656.JPG000_1696.JPG000_1653.JPG000_1657.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP