KURANG UPAYA BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Saiz Tulisan :

kecik

Bangunan Perkim 11 Januari - Pergerakan yang membataskan tidak menjadi penghalang kepada pemegang kad OKU En Norhaziman Kamarozaman untuk berjaya.

 

Beliau menghidap masalah saraf tunjang dan sakit buah pinggang yang mana beliau lumpuh dari aras pinggang ke bawah.
Azam dan semangat yang ditujukkan beliau harus dipuji walaupun beliau tidak dapat berjalan beliau tetap berusaha seperti insan lain untuk berniaga demi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian jatuh bilik air yang menimpa beliau 20 tahun lalu mengubah nasib beliau. ‘’Kita hendak berjaya kenalah kerja sendiri nak kerja dengan orang susah sikit..Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada MAIWP yang menyumbang motosikal untuk saya gunakan untuk niaga. Terima kasih MAIWP terima kasih pembayar zakat’’.

MAIWP selaku pemegang amanah zakat di wilayah mengambil inisiatif ini dengan memberi bantuan sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk memudahkan pergerakkan beliau dalam perniagaan otak-otak yang diceburinya sejak 6 tahun lepas.  Beliau juga merupakan penerima bantuan bulanan sejak tahun 2011 dengan jumlah RM300.00 sebulan. menjadi harapan MAIWP kehidupan En Norhaziman menjadi suntikan kepada golongan asnaf dan OKU di luar sana untuk bersama-sama berdiri atas kudrat yang telah diberi.

2 tahun lepas beliau telah merangkul pingat emas ketika menyertai kejohanan Sukma Sarawak bagi acara boling berpasukan.
Majlis Penerima Bantuan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Hj Abdul Aziz Jusoh disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) dan En Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) En zahed Saidin.

000_1784.JPGkecik.JPG000_1886.JPG000_1938.JPG000_1789.JPG000_1908.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP