KERJASAMA MASYARAKAT DITAGIH

Saiz Tulisan :

kecik

PPR Pudu Ulu 11 Januari – Baru-baru ini Baitulmal MAIWP telah turun padang bersama NGO menyantuni Pn. Nur Khairunnisaq Yazid yang menghidap penyakit jantung berlubang dan bengkak serta barah paru-paru.

Pn. Nur Khairunnisaq kini tinggal bersama suami menumpang di rumah ibu mertuanya. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan pendapatan suaminya hanya RM1300.00 sebulan bekerja sebagai pemandu van kilang.
Kunjungan kali ini mendapat kerjasama daripada Kelab Kebajikan & Sukarelawan Malaysia dan juga Persatuan Kebajikan Komuniti Pudu Ulu, Kuala Lumpur.

Pelbagai usaha telah diusahakan untuk mendapatkan dana bagi kos rawatan beliau namun kos rawatan yang tinggi adalah diluar kemampuannya.
Jumlah kos keseluruhan rawatan jantungnya mencecah RM 98,000.00 di Institut Jantung Negara. Selain itu beliau juga perlu menjalani rawatan kimoterapi bagi penyakit barah paru-parunya dalam masa yang sama dengan kos yang berlainan.
Skuad telah mengesyorkan beberapa skim bantuan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh Pn Khairunnisaq agar beban kewangannya dapat diringankan.

MAIWP amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua anggota masyarakat baik individu mahupun persatuan untuk menyalurkan maklumat mengenai insane yang memerlukan kepada MAIWP dan dengan cara ini lebih ramai asnaf akan dapat dibantu.
Maklumat boleh disalurkan melalui talian bebas tol 1800 885 222 talian hotline 012-518 3614 / 012-512 7614 atau menerusi laman facebook.com/maiwp.hq atau facebook.com/baitulmal.wp

1.jpg6.jpgkecik.jpg5.jpg2.jpg4.jpg3.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP