MAIWP TERIMA PENGERUSI BARU

Saiz Tulisan :

kecik

"Menjadi harapan saya sebagai Pengerusi yang baharu agar MAIWP dapat bergerak lebih proaktif ke hadapan selari dengan semangat dan hasrat kerajaan hari ini."

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi MAIWP yang baharu, YBhg. Dato' Sri Syed Hussien Abd Kadir dalam majlis pertemuan beliau bersama pengurusan MAIWP pada 7 Januari di ibu pejabat MAIWP.
‘Sebagai satu organisasi yang benar-benar mantap yang dapat membantu orang-orang islam di wilayah yang memerlukan bantuan bukan setakat bantuan zakat juga keperluan sosial yang lain seperti pendidikan diberi kepada golongan asnaf dan juga diberi tunjuk ajar dan usaha untuk meningkatkan agama islam itu sendiri di wilayah’.
Mengulas lanjut, beliau mahu melihat identiti dan jenama MAIWP diketengahkan agar imej MAIWP sebagai agensi pengurusan Islam utama di Wilayah Persekutuan disedari oleh banyak pihak.
Dalam pertemuan itu, beliau telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan operasi MAIWP oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh.
Pada hari yang sama, Dato' Sri Syed Hussien telah mempengerusikan mesyuarat pertama beliau iaitu Jawatankuasa Panel Penilaian dan Pemilihan Pegawai antaranya bagi mengesahkan pelantikan seramai 31 Ketua Imam, 27 Timbalan Imam dan 24 bilal yang akan bertugas di Wilayah Persekutuan mulai tahun 2019 ini.
Pelantikan Dato' Sri Syed Hussien telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkuatkuasa 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2021.
Surat pelantikan beliau telah diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof dalam satu majlis di Putrajaya pada 4 Januari lalu.
Dato' Sri Syed Hussien mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi dan hubungan antarabangsa sebagai diplomat termasuk pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2000 hingga 2003.
Beliau kini memegang jawatan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP yang baharu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.
4 orang lagi ahli baharu adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan,
Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari mewakili Peguam Negara; YBhg. Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim mewakili Kementerian Kewangan dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), YBhg. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali.

000_1417.JPG000_1415.JPG000_1409.JPG000_1433.JPG000_1422.JPGkecik.JPG000_1466.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP