MAIWP SELANGKAH KEHADAPAN

Saiz Tulisan :

20181102 14

“Jika MAIWP berjaya melaksanakan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan ini, maka MAIWP merupakan agensi ketiga di Malaysia yang boleh dipersijilkan ISO 22301” ujar Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Perundingan ICT Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU, Aishah Dato' Abu Bakar.

Pada 1 hingga 3 November yang lalu bertempat di Bukit Tinggi Pahang, MAIWP telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) MAIWP. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi membincangkan pengurusan jika berlakunya sebarang bencana.
Pelaksanaan pengurusan kesinambungan perkhidmatan ini adalah sangat penting bagi meminimumkan impak ke atas sistem penyampaian perkhidmatan agensi akibat dari gangguan atau bencana. Ia juga dapat memastikan kelangsungan sistem penyampaian MAIWP dalam situasi berlakunya bencana.
Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya penceramah jemputan daripada MAMPU.

20181102_145557.jpeg20181101_210120.jpeg20181102_14.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP