MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DISANTUNI

Saiz Tulisan :

2 2

7 November - Skuad Musibah Baitulmal MAIWP telah menziarahi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kejadian berpunca daripada kebocoran yang berlaku pada tong gas (memasak) dan mengakibatkan iainya meletup.

Menurut Iskandar, sewaktu kejadian berlaku, beliau bersama isteri dan anak-anak berada di rumah. Api marak terlalu cepat dan beliau sempat menyelamatkan anak-anaknya namun isterinya mengalami kecederaan ringan.

Susulan kejadian ini, Pihak Baitulmal MAIWP hadir menyantuni mangsa yang terlibat serta menyumbang bantuan kecemasan kepada mangsa dalam meringankan beban mereka.

Takziah kepada kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Amanah pembayar zakat kami laksanakan

2_2.jpg3.jpg2.jpg4.jpg1.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP