KEPRIHATINAN BAITULMAL KEPADA WARGA EMAS

Saiz Tulisan :

4 2

16 Nov - Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bersama Pengurus Baitulmal MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya turun padang menziarahi keluarga En. Nordin di PPR Kg. Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

En. Nordin merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan. Beliau juga pernah menerima bantuan lain daripada Baitulmal antaranya ialah Bantuan Perniagaan, Bantuan Menyelesaikan Hutang, Bantuan Am IPT dan juga Bantuan Peralatan Kesihatan.
Kesusahan hidupnya bertambah apabila satu-satunya mata pencariannya hilang disebabkan tempat perniagaan kecil-kecilannya terpaksa dikosongkan disebabkan projek pembinaan yang sedang berjalan.

Beliau bertambah terdesak apabila isterinya disahkan sakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan hemodialisis segera selain masih menanggung dua anaknya yang masih belajar.
Baitulmal telah meneliti keperluan terbaharu keluarga Encik Nordin dan bantuan yang bersesuaian akan disalurkan.
Asnaf keutamaan kami. Amanah pembayar zakat kami tunaikan.

4_2.jpg1.jpg4.jpg3.jpg2.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP