REZEKI ILMU DI MAAHAD AN NOER

Saiz Tulisan :

kecik

31 Oktober  - Maahad An Noer di Janda Baik menjadi pilihan Darul Ilmi, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dalam memantapkan lagi pengisian rohani bagi seluruh warga penghuninya. Program Pemantapan Rohani tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bermula 31 Oktober hingga 2 November 2018.

Melalui program tersebut, pihak Darul Ilmi dapat mewujudkan hubungan kerjasama bersama Maahad An Noer melalui perkongsian pintar dan juga meningkatkan motivasi diri dalam melaksanakan ibadah.

Paling bertuah, seluruh penghuni Darul Ilmi dapat berkongsi rezeki menuntut ilmu pengajian kitab dan beberapa kelas agama lain bersama dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al- Banjari iaitu pengasas Maahad An Noer.

Semoga program ini memberi kesan yang baik kepada seluruh penghuni Darul Ilmi dalam meningkatkan lagi amalan ibadah dalam kehidupan seharian

4.jpg2.jpg3.jpg1.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP