21,775 PELAJAR TERIMA BANTUAN PAKAIAN DAN PERALATAN SEKOLAH SESI 2019

Saiz Tulisan :

kecik

Bagi sesi persekolahan 2019, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu seramai 21,775 pelajar.
Sebanyak RM6,59 juta dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan diperuntukkan bagi membantu 11,456 pelajar sekolah menengah, 5,902 pelajar sekolah rendah, dan 4,417 pelajar SRA / KAFA .

Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan Tahun 2019 ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada 8 november di Kompleks Darul Kifayah Kuala Lumpur.

Dr Mujahid Yusof dalam ucapannya berkata,bantuan melalui program keusahawanan dan pendidikan adalah falsafah utama MAIWP di mana ia berpontesi membawa para asnaf keluar dari kitaran kemiskinan.
‘Kita nak bawak mereka keluar daripada kitaran kemiskinan maknanya mereka kena berusaha dan apabila mereka berjaya mereka akan sumbang kepada zakat dan begitulah penerusan zakat yang penuh keberkatan tanggungjawab kepada agama dan begitu penting dalam rukun islam’
Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada MAIWP yang telah berjaya memastikan agihan zakat dapat disampaikan kepada asnaf yang layak serta dapat meringankan beban sara hidup seterusnya mampu menaikkan taraf hidup dan sosio ekonomi umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

Penerima bantuan Puan Zainun Maarof berkata melalui bantuan ini ia dapat meringankan bebannya kerana beliau merupakan seorang ibu tunggal dan 3 anaknya masih bersekolah. ’Dengan bantuan dari baitulmal MAIWP ini, sedikit sebanyak dapat membantu pembelajaran persekolahan anak-anak saya. Salah seorang anak saya OKU, mempunyai masalah jantung berlubang dan macam2 lagilah penyakit yang dia ada memang sangat2 membantulah’ Manakala Puan Hamidah Binti Abas menetap di flat Seri Negeri Sembilan Sentul berjalan kaki ke lokasi agihan bantuan kerana tidak mempunyai wang untuk menaiki teksi. Beliau amat bersyukur kerana MAIWP sudi memberi bantuan kepadanya dan anak-anak.
’Baitulmal tanggung semua saya menghidap breast kanser dan suami menghidap kanser usus, alhamdulillah ada orang prihatin pada saya , saya bersyukur pada Allah. Mendapat bantuan ini untuk anak-anak’.

Melalui Bantuan ini, para pelajar akan menerima dua pasang baju sekolah, sebuah beg dan sepasang kasut sekolah. Manakala bagi pelajar yang mengikut kelas-kelas SRA / KAFA, mereka turut menerima tambahan dua pasang pakaian sekolah.
Pada majlis ini turut diadakan penyerahan zakat perniagaan daripada 5 buah syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan RM 684 ribu.
Semoga para pembayar zakat akan dikurniakan ganjaran pahala berterusan daripada Allah SWT selagi mana ia dimanfaatkan oleh asnaf.

DEL_0384.JPGDEL_0542.JPGkecik.JPGDEL_0562.JPGDEL_0457.JPGDEL_0431.JPGDEL_0543.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP