LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN MALAYSIA

Saiz Tulisan :

kecik

Pada 25 Oktober 2018, Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia. Lawatan yang disertai oleh 40 orang pelajar dengan 2 orang guru pengiring ini bertujuan meningkatkan rasa cinta dan taat setia kepada negara selain mendedahkan kepada para pelajar tentang fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia.

Semua pelawat ke Parlimen diberi taklimat mengenai peraturan asas sebelum memasuki Dewan Rakyat. Antaranya, para pelawat perlu menunduk hormat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat semasa memasuki dan meninggalkan Dewan. Sebagai pemerhati, pelawat turut diingatkan agar tidak menyoal atau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Disebabkan terdapat banyak rombongan yang melawat Parlimen pada hari yang sama, maka rombongan PMA hanya dibenarkan untuk menyaksikan perbahasan dalam tempoh 30 minit sahaja.

Antara isu perbahasan yang dibincangkan adalah pemotongan bajet pendidikan di kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ada sebahagian ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan yang diusul dan tidak kurang juga segelintir ahli yang mempertahankan usul tersebut. Suasana dewan menjadi lebih hangat apabila terdapat ahli mengetuk meja sebagai tanda setuju dengan usul yang dibicarakan. Perbahasan isu pendidikan sungguh rancak dengan pelbagai pendapat, idea dan juga bantahan daripada pihak pembangkang. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya isu yang dibahaskan demi masa depan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia.

44755811_714688222228327_6755605466341965824_n.jpg44786387_714688498894966_6079741733241880576_n.jpgkecik.jpg44747986_714688038895012_5046677750660726784_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP