WACANA ILMU PENCETUS MINDA ABQARI

Saiz Tulisan :
Cannot find /berita/2018/0111218-1 subfolder inside /var/www/maiwp.gov.my/i/images/maiwp//berita/2018/0111218-1/ folder.
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.30-0+deb9u1

kecik

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2018 (Selasa) - Seramai 45 orang pelajar dari Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) menghadiri jemputan program yang bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan.

Wacana ilmu yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan itu merupakan anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

                Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan sesi pembentangan oleh Yang Berbahagia Dr. Ahmad Kamilin bin Jamilin, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merangkap Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan melalui tajuk ucapannya, Fiqh Berinteraksi Nas-nas Syarak dalam Penyampaian Ilmu. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan forum bertajuk Fiqh Semasa: Mendepani Cabaran Ummah dan Negara, yang menampilkan panel-panel ternama seperti Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Syarifah Haayati binti Syed Ismail dari Universiti Malaya dan Yang Berbahagia Dr. Mohd. Sukki bin Othman dari Universiti Putra Malaysia serta moderator dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Dr. Mohd Aizam bin Mas'od.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan matan Al-Jurumiah oleh para pelajar Pondok Moden Al-‘Abaqirah dan disemak bacaan matan mereka oleh Syeikh Raafat Abu Sabha selaku tenaga pengajar subjek tersebut. Yang Berhormat Menteri menyuarakan hasrat beliau untuk mengadakan lawatan ke Pondok Moden Al-‘Abaqirah dalam masa terdekat. Hal ini boleh dijadikan batu loncatan bagi warga pondok untuk melonjakkan nama institusi ini ke peringkat yang lebih tinggi.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP