MAJLIS GRADUASI KALI KE – 7 SMA MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

26 Oktober 2018 – Majlis Graduasi SMA MAIWP kali ke – 7 telah berlangsung dengan jayanya di Qaah al-Qaradhawi SMA MAIWP.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid – murid yang bakal meninggalkan sekolah menengah,

meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas serta merapatkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan ibu bapa. Seramai 168 orang murid tingkatan 5 diraikan pada hari tersebut.

Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menganugerahi murid yang meningkat gred purata dari peperiksaan pertengahan tahun ke peperiksaan percubaan SPM 2018. Antara pelajar yang terpilih ialah Mohammad Amir Aqil Bin Azhar( 5 Amin), Aidid Ezmi bin Admi (5 And)i, Nurul Syafiqah Binti Jamaluddin (5 Mawa), Tengku Ameera Balqees Binti Raja Zai’aim(5 Amin), Muhammad Saiful Iman Bin Zulkifli(5 Adni),Nuri Sakinah Binti Ismail(5 Amin), Faza Husna Binti Abdul Jalil(5 Amin), Muhammad Iman Danial Bin Ramzaidi(5 Ma’wa), Muhammad Nazrul Hafeez Bin Muhammad Naim (5 Ma’wa), Arif Haqimie Bin Norhisham (5Adni), dan Farah Hanani Binti Mohamad Amin(5 Amin). Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rodzi Bin Osman, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP. Beliau berharap agar murid dapat jadikan alam persekolahan ini sebagai medan untuk murid membina kekuatan diri yang utuh dan dalam masa yang sama mempersiapkan diri untuk menjadi seorang warganegara yang mampu memberi sumbangan kepada negara.

sassssss.jpgsa.jpgsasss.jpgsas.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP