MAIWP LANCARKAN TABUNG BANTU MANGSA DI PALU SULAWESI

Saiz Tulisan :

kecik

5 Oktober - MAIWP telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi Indonesia dalam usaha bagi membantu mangsa dan ahli keluarga yang ditimpa bencana di Sulawesi, Indonesia.

YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berkata, kutipan ini akan dibuat di kalangan warga MAIWP termasuk syarikat-syarikat milik MAIWP.

“Beliau menyeru dan memohon semua warga MAIWP dan syarikat dapat menghulurkan sumbangan sebagai salah satu sumbangan amal jariah’’.

‘’Ia sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa gempa dan tsumani di sulasesi meneruskan kelangsungan kehidupan mereka’’.

Pelancaran tabung ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh pengurusan MAIWP dan wakil-wakil syarikat milik MAIWP.
Pada 28 September lalu, kejadian gempa bumi di Sulawesi, Indonesia dengan magnitud 7.4 skala Richter dan diikuti tsunami yang melanda pantai Talise, Palu dan Donggala mengakibatkan kira-kira 1,400 orang terkorban.
Sumbangan yang diterima akan dikumpul dan diserahkan kepada mangsa menerusi Tabung Bencana Alam Agensi-Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof yang dilancarkan pada 4 Oktober.

{AG]/berita/2018/05082018{/AG}

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP