KEM MOTIVASI UPSR/ SPM DI KEM WIRA JAYA, HULU LANGAT SELANGOR

Saiz Tulisan :

kecik

Secara keseluruhannya, Kem Motivasi UPSR/ SPM 2018 ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Pada 17 – 19/8/2018,

para pelajar Tingkatan 5 dan Darjah 6 Darul Kifayah seramai 79 orang dan 5 orang pengiring terlibat dengan Kem Motivasi UPSR/ SPM. Kem ini bertempat di Kem Wira Jaya Hulu Langat, Selangor.

Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama antara mereka dan memberi pendedahan tentang alam dan rekreasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menyediakan tapak perkhemahan, penyediaan makanan, ikhtiar hidup, latihan dalam kumpulan dan banyak lagi.

Program ini walaupun tidaklah melibatkan kos yang besar tetapi amat brmakna kepada pelajar kerana aktiviti yang dijalankan memberi semangat kepadapelajar selain dapat mengurangkan sedikit tekanan tentang pembelajaran seharian di sekolah mahupun kehidupan di asrama.

IMG_20160111_061837.jpgIMG_20160111_063447.jpgIMG_20160109_141030.jpgIMG_20160111_060704.jpgIMG_20160109_124730.jpgIMG_20160110_010923.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP