MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE-5 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

Saiz Tulisan :

kecik

Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM telah menganjurkan MISS kali ke-5 Peringkat Kebangsaan pada 21 hingga 23 September, 2018 bertempat di Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini,

manakala SMA MAIWP dipilih sebagai lokasi pertandingan, penginapan kontinjen dan majlis penutup . Seramai 383 orang peserta dari 16 buah negeri termasuk tiga dari Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan telah berkumpul di SMA MAIWP untuk menyertai enam acara yang dipertandingkan mengikut kategori menengah rendah dan menengah atas.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah Hiwar, Tahfiz Al-Quran, Kuiz Bahasa Arab, Kuiz Ilmu Wahyu, Kalimatussobah dan Qiraat Sabaah. Seramai 24 orang peserta yang mewakili WPKL dengan penyertaan seramai 8 orang dari SMA MAIWP dan 4 orang pelajar SMISTA. Pertandingan yang berprestij itu telah dirasmikan oleh Dr. Haji. Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah BPI, KPM.

Di dalam pertandingan tersebut, adik Haikal Firdaus bin Jaafaruddin, pelajar dari SMISTA telah menjuarai acara Tahfiz Al-Quran dan merupakan pemenang tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Tahniah diucapkan di atas kejayaan beliau. Tahniah juga kepada SMA MAIWP yang menyediakan prasarana penginapan dan tempat pertandingan yang lengkap.

kecik.jpgMIIS_Tahfiz_Quran.jpgmiss_kpm_SMA.jpgmiss.jpgSMA_MISS.jpgMajlis_ihtifal_sekolah-sekolah_KPM.jpgKPM.jpgMIIS_KPM.jpgMIIS.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP