MINI SUKAN DAR ASSAADAH GALAK GAYA HIDUP SEHAT

Saiz Tulisan :

kecil

24 - 25 September - Pada era perkembangan teknologi kini yang kian pesat, masyarakat negara kita semakin kurang dalam mengambil berat tentang kepentingan aktiviti riadah setiap hari. Islam juga menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kesihatan diri sebagai langkah mencegah dari berlakunya penyakit yang boleh memudaratkan diri.

Atas kesedaran itu, Dar Assaadah telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan antara pelatih yang diadakan selama 2 hari di Kompleks Dar Assaadah.

Aktiviti yang melibatkan 5 acara sukan seperti bola jaring, bola tampar, badminton, congkak dan karom telah disertai seramai 24 orang pelatih yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk acara bola tampar dan bola jaring. Manakala acara badminton, congkak dan karom telah dipertandingkan dalam kategori individu. Penyertaan pelatih dalam kesemua acara yang dipertandingkan telah memperlihatkan bakat serta kemahiran individu yang berpontensi untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Beriadah seperti ini juga berhasil membentuk jalinan kerjasama berpasukan dikalangan pelatih serta semangat serta kesungguhan untuk mencapai kejayaan tanpa rasa putus asa. Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan kehidupan tanpa tekanan dan membebaskan pemikiran mereka daripada pengaruh negatif serta membentuk jati diri yang lebih dinamik.

Acara yang berkonsepkan riadah dan santai ini sentiasa menjadi amalan di Dar Assaadah dalam meningkatkan kesedaran kepada pelatih Dar Assaadah tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan diri serta bagaimana sukan dan riadah ini dapat melahirkan individu yang berjaya kerana akal dan pemikiran yang hebat itu adalah hasil daripada tubuh badan yang sihat.

42262282_1017692045079596_4839563058869174272_o.jpg42622904_1017691971746270_3871891658471636992_o.jpg42629486_1017697078412426_4610104508389785600_o.jpg42495004_1017695768412557_3875759976601354240_o.jpgkecil.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!