TADIKA ISLAM MAIWP SULAIMANIYYAH KINI MENJADI PERHATIAN

Saiz Tulisan :

kecik

Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah (TIMS) merupakan salah satu daripada 80 buah Tadika Islam yang dikelola oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya. Bertempat di Presint 18, Putrajaya, Tadika ini mampu menempatkan seramai 300 orang murid yang berumur lima dan enam tahun.

Dengan prasarana dan modul pembelajaran yang menarik, ianya telah menjadi pilihan utama ibu bapa di Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pembelajaran di sini.

Walaupun baru dibuka pada Januari 2017, tadika ini telah menempa pelbagai kejayaan antaranya johan Keseluruhan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam peringkat cawangan Putrajaya anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, johan Festival Nasyid Ceria dan johan booth kreatif sempena Karnival Kanak-Kanak dan Hari Sukan Negara anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

TIMS sering menjadi pilihan pelawat-pelawat baik daripada dalam negeri mahupun luar negeri. Pada 26 September 2018 baru-baru ini, TIMS telah menerima kunjungan daripada guru-guru taman didikan kanak-kanak, Kubapaten Magetahan Jawa Timur, Indonesia. Delegasi seramai 62 orang diketuai oleh Encik Yussy Hermawan, Kepala Dinas Pendidikan Kubapaten Magetan Jawa Timur hadir bertujuan melihat dengan lebih dekat operasi TIMS, menimba ilmu dan pengalaman agar dapat diperaktikkan di Indonesia. Rata-rata peserta rombongan menyampaikan rasa teruja dan kagum dengan pencapaian TIMS.

Pada 27 September 2018 pula, TIMS telah menerima kunjungan daripada Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak seramai 39 orang guru pelatih yang diketuai oleh pensyarah Encik Mohd Hazwan Bin Zulkifle . Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih pendidikan awal kanak-kanak dari Kolej ini dengan mengambil contoh operasi di TIMS.

Dengan usaha dan sokongan dari semua pihak, diharap TIMS mampu menjadi sebuah tadika yang cemerlang dan model terbaik bagi semua tadika Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia umumnya.

kecik.jpgaca6f0bd-c2f7-47d9-9db9-b37a500661b5.jpgLawatan_dari_Kolej_Perkembangan_Awal_Kanak-Kanak_Damansara.jpgDelegasi_dari_Pendidik_Pendidikan_Kubaten_Magetan_Jawa_Timur.jpgPemandangan_Tadika_Islam_MAIWP_Sulaimaniyyah_Presint_18.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!